28.11.12

sensitif atau ngada2..

bismillahhirahmannirahim

sensitif atau ngada-ngada?????

sensitif tu apa?
= sensitif tu sama erti seperti peka,mudah terasa,terasa hati dan tersinggung..makna perkataan ini bergantung kepada situasi dan ayat...ewahhh dah macam guru bahasa melayu pulak..hihii..

kenapa tiba-tiba bercakap tentang sensitif.?sebab perkataan sensitif ini telah menonjolkan diri nya pada saya hari ini.Bila saya perkataan ini muncul dalam hidup saya hari ini..ianya memang membuat saya jadi geram,sakit hati,dan bermacam2 penyakit hati lagi syaitan bisik kan dalam hati saya..namun itu semua tak lama kerana selepas sahaja saya duduk bersendirian dan mendengar azan ,minda saya berkata-kata kepada saya..saya teringat kepada kata-kata  mengenai kucing yang datang ke kedai makan dan meminta makanan mungkin salah satu cara Allah nak uji kita mengenai sifat pemurah dan simpati.Allah hantarkan kucing tu ke kedai makan untuk melihat bagaimana reaksi pelanggan dan sifat mereka terhadap kucing.saya pun tersedar Allah hantar kawan yang cepan sensitif kepada saya untuk ajar saya mengenai kesabaran untuk menghadapi orang yang sensitif ni..kawan saya memang seorang yang sangat sensitif.kadang2 saya rimas kerna semua benda nak dijadikan isu nya untuk menyendiri dan tidak bertegur sapa.ini salah satu cara nak saya berfikir dan memberitahu saya bahawa wujud pelbagai ragam manusia di atas bumi ini..setiap individu itu adalah unik dan mempunyai kelebihan serta keburukan nya tersendiri.melihat sesuatu yang positif dan mencari hikmah di sebalik rasa kedukaan aakan menjadikan kita sebagai seorang yang melihat sesuatu dan mencari kebesaran  Allah walau dalam apa jua kejadian yan menimpa kita..itu la yang saya sedar hari ini bahawa lihat sesuatu dengan pandangan yg positif..

sensitif boleh tapi biar berpada-pada,sensitif yang keterlaluan hanya menyebabkan kita dijauhi oleh orang sekeliling.

ok  ini  mutiara kata untuk catatan pertama blog saya :)